Friday, 2 May 2014

Masih.

Masih seorang diri di bumi Minden
tatkala ramai memilih untuk pulang ke kampung halaman.
Masih sedar diri sedang membuang masa.
Gatal tangan tiba-tiba di hari pertama May. Hampir separuh 2014 telah disia-sia.

Masih sihat dan bertambah sihat (dibaca gemuk)
seperti sediakala walau tiada entri buat beberapa ketika.
Konon macam nak hilangkan diri dan semua tercari-cari. Puii

Masih sedih dan kecewa.
Rasa masih berbisa. Tatkala diri gagal mencapai apa yang sepatutnya.
Masih mahu marah tatkala ada suara sumbang berbisik sebebasnya.
Kalian masih belum tahu apa yang dirasa.
Masih belum faham tanggungjawab tertimpa.
Tak perlu hamburkan kata-kata sesukanya.

Masih rindu keluarga tercinta.
Emak terpaling rindu.
Terbayang wajah tabah melayan anak manja mengada.
Takkan pernah lupa doa supaya dalam sejahtera sentiasa.

Masih dengan pilihan hidup yang bukan menjadi kegemaran.
Mungkin tak mahu hadapi kesusahan.
Mungkin.
Atau tak mahu hadapi tekanan.
Masih banyak drama muncul. Bukan drama korea mahu akasia.
Kali ini lebih real, telenovela.
Masih bertahan dengan semuanya.
Entah sampai bila.

Terasa mahu terus tidur dan lupa semua gundah.




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...