Tapi diri sendiri tak tahu guna kesempatan.
Apabila kepuasan engkau itu menulis, maka melalui penulisan kau puaskan ia.
Nescaya kau akan faham rasa aku apa detik ini.
Berbicara mengenai tamat. Tamat pengajian tahun satu.
Tamat satu sidang di universiti yang mana dahulu aku hampir tolak tawarannya dan sekarang kau tahu apa? Aku sayang universiti itu.
Benarlah kata mereka, jangan benci nanti jatuh hati.
Satu sidang ajar aku mengenai banyak perkara.
Perkara yang aku kira bakal jadi sangat berguna.
Perkara yang aku kira bakal kau kenangkan pada suatu masa.
Perkara yang aku kira ajar aku apa erti tabah sewaktu diduga.
Satu sidang juga telah temukan aku dengan ramai insan.
Insan yang sewaktu dulu orang asing tapi kini jadi kesayangan.
Insang yang tinggalkan ilmu tanpa minta balasan.
Insan yang beri kau kenangan.
Insan yang beri kau kekuatan.
Insan yang beri kau senyuman tatkala kau bergelumang dengan tangisan.
Benar baru lepasi satu sidang. Ada tiga sidang menanti.
Masih banyak yang bakal dilalui.
Alhamdulillah, sidang ini aku akhiri dengan tenang hati.
Untuk mereka yang aku kenal di bumi Minden,
terima kasih untuk semuanya. Semua yang tak mampu aku cerita satu persatu-satu.
Untuk mereka yang bakal jejakkan kaki di bumi Minden lagi,
perjuangan dan matlamat masih belum dipenuhi.
Untuk mereka yang telah tinggalkan bumi Minden,
selamat bergraduasi,
semoga haluan anda selepas ini diberkati.
Moga punya peluang untuk ketemu lagi.