Sunday, 10 February 2013

Cuti, kenduri kahwin, dan drama Korea?

Apa khabar silent reader sekalian? -.-'
*krikk krikk krikk*
Cuti gua dah nak habis ni.
Haa elok la dari duduk rumah menambahkan berat badan kan.

Bersempena cuti yang tak berapa nak panjang ni, ada la beberapa aktiviti berfaedah di samping
banyak membuang masa yang aku buat contohnya tidur petang.
Tak lain tak bukan, memeriahkan majlis perkahwinan ! Kehkeh.
Amboi semenjak dah masuk 21 ni mulut dok sebut kahwin je.
Ni aku rasa kali pertama kot aku tengok kawan sebaya, aku ulang eh sebaya kahwin.
Selalu dok tengok pakai baju sekolah, tiba-tiba hari ni tengok pakai baju pengantin.
Aku tak kawan rapat sangat dengan soleh ni.
Tapi sebab sama masuk memanah dulu, kenal la jugak dari tak kenal ye dak.
Ramai je kawan yang sebaya aku dah kahwin. Dah siap ada anak dah.
Tapi aku  tak menyempat nak pergi. Time tu aku takde dekat kampung la, macam-macam la.
Ni kali pertama la aku menghadirkan diri di majlis perkahwinan rakan se-sekolah yang sama umur dengan aku. Haa gitteww -_____-
Dah jadi macam mini reunion pulak tadi.

Tadaah soleh dan isterinya.

Aku suka gambar ni sebab aku nampak kurus. Hiks

 Sebenarnya ramai lagi dekat luar tapi emm tinggal yang ni je yang masuk dalam gambar.



Ohh esok aku dengar ada lagi yang kahwin, sebaya jugak lah dengan aku.
Bila umur 21 ni kau pergi kenduri kahwin lepas tu orang tanya bila nak kahwin,
macam-macam alasan kau boleh bagi, contohnya, muda lagi, belajar lagi,
tak cukup duit lagi, macam-macam lagi.
So bila aku pergi majlis kahwin orang lek lek je ah tak payah menggelabah nak jawab soalan macam tu.
Kehkehkeh.
Jadi kahwin la elok-elok ye, semoga kekal lepas tu dapat anak comel-comel.
Kot-kot la berkat kahwin engkorang dapat dekat aku. Eh.

Aku nak kabo ni, sepanjang cuti ni aku dah habis tengok Secret Garden dengan City Hunter.
Family Outing on the way nak habis. Amboi jun sekarang dah beralih arah ke kepop nampak.



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...