Saturday, 29 June 2013

Tamat.

Setelah sekian lama, tak berkesempatan nak menaip katanya. Bukan tak berkesempatan.
Tapi diri sendiri tak tahu guna kesempatan. 
Apabila kepuasan engkau itu menulis, maka melalui penulisan kau puaskan ia.
Nescaya kau akan faham rasa aku apa detik ini. 

Berbicara mengenai tamat. Tamat pengajian tahun satu. 
Tamat satu sidang di universiti yang mana dahulu aku hampir tolak tawarannya dan sekarang kau tahu apa? Aku sayang universiti itu.
Benarlah kata mereka, jangan benci nanti jatuh hati.

Satu sidang ajar aku mengenai banyak perkara.
Perkara yang aku kira bakal jadi sangat berguna.
Perkara yang aku kira bakal kau kenangkan pada suatu masa.
Perkara yang aku kira ajar aku apa erti tabah sewaktu diduga.

Satu sidang juga telah temukan aku dengan ramai insan.
Insan yang sewaktu dulu orang asing tapi kini jadi kesayangan.
Insang yang tinggalkan ilmu tanpa minta balasan. 
Insan yang beri kau kenangan.
Insan yang beri kau kekuatan.
Insan yang beri kau senyuman tatkala kau bergelumang dengan tangisan.

Benar baru lepasi satu sidang. Ada tiga sidang menanti.
Masih banyak yang bakal dilalui.
Alhamdulillah, sidang ini aku akhiri dengan tenang hati.

Untuk mereka yang aku kenal di bumi Minden,
terima kasih untuk semuanya. Semua yang tak mampu aku cerita satu persatu-satu.
Untuk mereka yang bakal jejakkan kaki di bumi Minden lagi,
perjuangan dan matlamat masih belum dipenuhi.
Untuk mereka yang telah tinggalkan bumi Minden,
selamat bergraduasi, 
semoga haluan anda selepas ini diberkati.
Moga punya peluang untuk ketemu lagi.







Sunday, 10 February 2013

Cuti, kenduri kahwin, dan drama Korea?

Apa khabar silent reader sekalian? -.-'
*krikk krikk krikk*
Cuti gua dah nak habis ni.
Haa elok la dari duduk rumah menambahkan berat badan kan.

Bersempena cuti yang tak berapa nak panjang ni, ada la beberapa aktiviti berfaedah di samping
banyak membuang masa yang aku buat contohnya tidur petang.
Tak lain tak bukan, memeriahkan majlis perkahwinan ! Kehkeh.
Amboi semenjak dah masuk 21 ni mulut dok sebut kahwin je.
Ni aku rasa kali pertama kot aku tengok kawan sebaya, aku ulang eh sebaya kahwin.
Selalu dok tengok pakai baju sekolah, tiba-tiba hari ni tengok pakai baju pengantin.
Aku tak kawan rapat sangat dengan soleh ni.
Tapi sebab sama masuk memanah dulu, kenal la jugak dari tak kenal ye dak.
Ramai je kawan yang sebaya aku dah kahwin. Dah siap ada anak dah.
Tapi aku  tak menyempat nak pergi. Time tu aku takde dekat kampung la, macam-macam la.
Ni kali pertama la aku menghadirkan diri di majlis perkahwinan rakan se-sekolah yang sama umur dengan aku. Haa gitteww -_____-
Dah jadi macam mini reunion pulak tadi.

Tadaah soleh dan isterinya.

Aku suka gambar ni sebab aku nampak kurus. Hiks

 Sebenarnya ramai lagi dekat luar tapi emm tinggal yang ni je yang masuk dalam gambar.



Ohh esok aku dengar ada lagi yang kahwin, sebaya jugak lah dengan aku.
Bila umur 21 ni kau pergi kenduri kahwin lepas tu orang tanya bila nak kahwin,
macam-macam alasan kau boleh bagi, contohnya, muda lagi, belajar lagi,
tak cukup duit lagi, macam-macam lagi.
So bila aku pergi majlis kahwin orang lek lek je ah tak payah menggelabah nak jawab soalan macam tu.
Kehkehkeh.
Jadi kahwin la elok-elok ye, semoga kekal lepas tu dapat anak comel-comel.
Kot-kot la berkat kahwin engkorang dapat dekat aku. Eh.

Aku nak kabo ni, sepanjang cuti ni aku dah habis tengok Secret Garden dengan City Hunter.
Family Outing on the way nak habis. Amboi jun sekarang dah beralih arah ke kepop nampak.



Saturday, 19 January 2013

Dua dan satu.

Dua dan satu sekadar nombor. Kata mereka.
Nombor yang sebenarnya menunjukkan engkau semakin tua.
Ahaaa umur aku dah 21. Okay 21? -_____-
Cepatnya 21. Bukan baru habis SPM ke? :O

Jadi rutin sambut birthday ni macam biasa seperti 3,4 tahun lepas sejak ada akaun Facebook.
Berbalas komen dengan mereka yang wish aku.
Yet masih ada yang SMS aku, yang aku rasa itu lagi membuat aku terharu. Eceh.

Aku tak mintak diraikan pun, buat majlis semua.
Entah kenapa. Selama 21 tahun ni aku sambut sama macam hari biasa.
Bezanya handphone bunyi lebih kerap bila SMS, notification masuk. Emmm
Lain orang lainlah cara dia sambut birthday.
Tambah-tambah bila umur kau dah puluh-puluhan ni tak gamak rasa nak buat majlis.
Setakat SMS pun dah buat aku rasa okay orang ingat birthday aku. Itu dah cukup.
Tak ada hadiah pun tak apa.

Dah besar-besar ni aku rasa kau patut fikir perubahan.
Perubahan untuk mengubah diri kau jadi lebih baik.
Kau patut fikir tentang masa depan dah.
Entry pun bajet-bajet matang la ye dak?
Hahahaha.

Till then terima kasih kepada semua yang ingat.
Terima kasih kepada yang whatsapp acah-acah SA aku tu.
Really have no idea who you are.
I'm glad if you tell me your name.


Emmm dah 21 ni dah boleh fikir pasal kahwin kot? Eh.


Friday, 18 January 2013

Tamat Semester 1

Hai semorang ! Lama tak syok sendiri kat blog konon macam orang baca entry aku.
Aku dekat rumah sekarang tengah menikmati cuti semester yang berlangsung secara teknikalnya sebulan tapi sebenarnya tak sampai sebulan. Wuwuwuw kena balik awal.
Sepanjang satu semester dekat USM tercinta, ahakss tercinta uolzz, semua benda berjalan dgn lancar,
Aku maksudkan semua urusan aku. Walaupun ada a few things yang buat erhh I'm so pissed off.
Ahaaa lantak p. Baru satu semester, banyak benda yg aku tak pernah buat, aku buat.
I mean good things. Lol.

I used to go everywhere berteman since my parents won't let me go out alone.
Yela parents mana tak risau anak keluar sorang-sorang.
Tapi dekat sini, I have to ke mana-mana kadang-kadang berseorangan.
Bukan nak derhaka tapi terpaksa.
Tak semua orang free nak temankan engko ke mana-mana.
Dekat situ, aku belajar berdikari, belajar paranoid. Kahkah
Aku memang paranoid, nampak orang pelik sikit, dah mula fikir macam-macam.
Dekat situ ajar kita macam mana nak jaga diri.
Bila aku balik rumah, yelah Penang dgn rumah memang tak jauh pun, pergi Queensbay and pergi mana-mana sorang-sorang,
aku rasa macam wahh aku dah besar, dah boleh jalan sorang-sorang.
Hahaha poyo semua ni! Poyo. Kakaka.

And one more thing, bila engko jauh dari family,
engko aku rasa lebih menghargai family engko.
Am I right?
Memang lumrah manusia kan, bila someone atau something tu dah takde atau jauh dari kita,
baru kita terhegeh nak rindu dan sebagainya.
Till then nanti aku update lagi. Entry bergambar katanya. Haha !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...