Friday, 30 March 2012

Earth Hour 2012


Pernah dengar tentang Earth Hour?
Alaa yang kena tutup lampu tuh. Eh lampu je ke?
Aku rasa macam semua peralatan elektrik je.
Benda ni setahun sekali so macam ingat-ingat lupe. 
Kalau tak silap aku mula join (join k kemain kau) Earth Hour ni tahun 2009.
Baru tutup lampu semua dalam seploh minit kot dah bising gelap la apa.
Cissss takde semangat kesukanan sayangkan bumi langsung.

Sebenarnya kan kau tengok macam huk aloh setakat tutup lampu sejam apa la sangat. 
Weh kalau dah semua tutup lampu sejam gile banyak jumlah tenaga yang boleh kau kurangkan.
Fuuuuuuuu harap betul ah fakta aku bagi ni.
Nak tau macam-macam boleh klik SINI.
Untuk itu marilah sama-sama kita menyokong Earth Hour 2012 yang berlangsung pada
31 Mac 2012, jam 8.30 hingga 9.30 malam.
Ada gaya macam pembaca berita Nightline tak? Tiba-tiba je kau ni june -.-

Tuesday, 27 March 2012

Rewatch Nora Elena

Trending lagi Nora Elena dekat twitter.
Hmmmmmm. Malas nak printscreen.
Pergi tgk sendiri la. Lol. Aku bet setiap hari selasa, rabu dengan khamis mesti trending punya.
Kenkorang mesti cakap kan kalau dah perempuan memang la suka layan drama yg sweet mcm tu.
Heh ==' Aku tengok sebab masa ditayangkan tahun lepas aku tak tgk sangat.
Bila dah nak habis baru aku tengok. Tu pun bersebab.
Ada kawan aku sorang ni kan, dia cakap dia taknak kahwin.
Sebab dia kata nanti kena dengar cakap suami la apa la.
Pfffffffftttttttt *terkejut sehari*
Then dia keluarkan pulak statement mcm ni :
 
            "Kalau aku jumpa lelaki macam Seth, aku nak kahwin la"

Perghhhh *terkejut dua hari* membuak-buak perasaan nak tgk Nora Elena.
Aku macam tak percaya dia cakap dia nak kahwin.
Start dari tu aku mula tengok Nora Elena.
Memang aku nak tau sangat la watak Seth ni macam mana.
Tapi masa aku mula tengok pun cerita tu dah separuh jalan. Taktau hujung pangkal.
Bila ada ulangan aku rewatch la. Hahaha lambat tak lambat, kesah ape aku.
Dan memandangkan aku manusia paling banyak masa taktau nak buat apa.
Memang dah jadi habitat  tabiat aku la tengok TV je. K pemalas kuasa namblas -.-
Nahhhhh hang ni jun dah boleh humban diri sendiri dalam sungai kerian. Erk.

Sunday, 25 March 2012

Motivated moment : #1

Ada hari-hari saya sedih, lemah, jiwa saya akan bersuara:

"Siapalah yang benar-benar memahami aku?" Sebagai tanda terkilan dengan apa yang berlaku.

Namun hati saya yang terdalam sentiasa menjawab: "Allah memahami."

Dan itu sentiasa buat air mata saya membasahi pipi.
-------------
Allah itu pemahamanNya menewaskan orang-orang yang kita cinta.

Sunday, 4 March 2012

Tips sebelum mengambil keputusan STPM

Hai kenkorang.
Mesti tengah cuak kan? 
Watlek watpeace. Lambat lagi 7 Mac. Ayat sedapkan hati. Pffttttt.
Ok meh sini aku nak bagi tips sikit.
Yang pertama *drum roll* hahaha k. Macam ape jek.

1. Buat-buat sombong dengan semua orang, nanti tak la dorang sibuk tanya.
2. Deactivate facebook, twitter dan semua social network.
3. Flight mode kan phone.

Hahahahahaha k. June kau dah boleh stop merepek =='
Amboii pantang aku on IM, mesti ah ada yg wish good luck ke tak pun mesti pesan
"Nanti dah ambik result, jgn lupa bgtau"
Pffffftttttttttttt.

Takde maknanya aku nak bagi tips.
Satu je aku nak pesan ingat tarikh tu elok-elok. Jangan pergi amek result awak pulak.
Kalau lambat tkpe, result tu dah ada. Ni kes yg pergi awal sehari. Malu woihh. Haha.

Aku tak rasa ada istilah dah terlambat.
Bila tinggal lagi berapa hari nak keluar result, mesti akan ada yg nak cakap dah terlambat nak doa semua.
Terus je doa, buat solat hajat.
Kita tak tahu, kuasa Allah kan?
Dan bila dah dapat keputusan redha la seredha-redhanya.
Kalau cemerlang, itu rezeki masing-masing. Jangan bongkak. Bersyukur.
Kalau kurang, ada hikmah. 
Ya Allah, aku mohon kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yg berlaku pada 7 Mac ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...