Sunday, 2 December 2012

A Short One.

Hi ! I'll finish my first semester in USM in a few weeks. Aaaaaaa cepatnya.
Feel like baru semalam daftar, baru semalam berorientasi dengar taklimat dalam DTSP,
baru semalam pergi Pimpin Siswa. Cepat kan? I already finished my Ko K.
Finished taekwondo practical test. Well I'm gonna continue with taekwondo for the next semester.
Yeah I guess, depend on schedule. HAHA. I've met awesome people here. Like seriously.
Mereka hebat. Mereka aktif aktiviti luar, mereka juga skor dalam pelajaran.
Emmm saya masih adapt kehidupan dekat sini. Bila dah aktif sangat, badan jadi letih,
lepas tu nak tidur jela. Bila masa nak study, siapkan assignment bagai :| Emm emmm. 

Ya Allah, aku mohon dipinjamkan sedikit kekuatan untuk mengharungi 
dugaanMu. Engkau permudahkanlah segala urusanku. Amin.

Sunday, 21 October 2012

Back !

I'm back after so long. Leulz.
Miss me?
*krikkk krikkk*
I'm doing fine. Yeahh I guess.
I'm trying to adapt. Trying so hard. Like hell yeahh who cares
you're trying so hard blaa blaa blaa.
Takde masa nak update tapi takde la takde masa sangat.
Malas sebenarnya.
Dan tired physical and mental.
When people that you love are not in front you.
Not here next to you, you know how it feels right?
It's not about your univ is just near from your house.
NO.
I managed to control the ke-tidakstabilan-emosi setakat ini.
I think so. Hmmm
I miss everything, everyone. Yes. I miss you

Saturday, 11 August 2012

An entry with no title : #13

Because I can?
Tiba-tiba -____-'
Lama dah aku tak mem-pinarkan bijik mata tengok html code.
Tiba-tiba semalam terajin, tak la rajin sangat kan.
Sambung ke pagi tadi dan tadaaaahhh. Lulz
Nampak tak blog bawu ittew --'
Yeahh because I can.


Dah tengok ni?





Belum? Haaa tengok !
Lembs jugak aku rasa bila orang lain dah update tapi aku baru nak update hari ni.
Wuwuwuwuwu.
Sedih baqhang. Sedih.
Aku nangis tengok ni, dari awal iklan sampai habis T_T
And menangis sebab sedih saja tak cukup.
I started to think how lucky I am.
Ada parents, family, makan, pakai semua cukup walaupun rasa macam tak cukup.
Tu namanya tak tahu nak bersyukur.
Nak nak pulak bila nak raya ni.
Every weekend keluar shopping kan, amboi mewah sungguh.
Kalau tengok iklan ni, tambang teksi pun dorang mintak diskaun.
Nampak tak kita ni bertuah sebenarnya.

Thursday, 9 August 2012

An entry with no title : #12

Pernah dapat benda yang kau paling tak nak dan tak suka?
Selalunya macam tu la. Orang cakap jangan tak suka sangat, nanti yang tak suka tu la kau dapat.
Aku tak cakap mengenai seseorang yang aku tak suka tiba-tiba jadi calon suami aku.
Tak, tidak sama sekali. Kecik hati mak aku ni kalau aku cakap tentang bakal suami dekat blog
padahal dekat dia aku tak cakap apa-apa. Hiks ._.
Mengenai bakal suami atau jodoh umumnya boleh juga. Mungkin dia yang kau tak suka, dia lah jodoh kau.
Mengenai apa-apa juga boleh. Cuma entry aku kali ni bersifat umum,
tidak mengkhususkan mengenai sesuatu perkara. Selesai mukadimmah. Gittew -___-

Berbalik kepada soalan aku tadi. Pernah berlaku situasi macam tu?
Hahhh sekarang jadi dekat aku.
Rasa nak mengamuk tak tentu hala tahu.
Kadang-kadang sabar tapi bila teringatkan benda tu terus hilang sabar.
Penat dah buat ayat sedapkan hati lepas tu cakap dekat diri sendiri ni.
Dengan orang lain boleh la kau senyum-senyum macam tak ada apa-apa kan?
Dengan diri kau boleh nak menipu macam tu? Kabor sikit ke aku macam mana nak menipu diri sendiri?

Selalu orang kabor, mesti ada hikmah.
Ye, aku tahu. Bukannya aku nak melawan suratan takdir ke macam mana.
Aku pun cuba juga belajar terima tapi susah la.
Take time juga bukan sehari dua, mungkin sebulan dua, mungkin juga setahun dua.
Mungkin .........

Tuesday, 31 July 2012

Ramadhan that I miss.

Well hello people!
Alhamdulillah. Puasa yang dah masuk minggu kedua berjalan dengan lancar setakat ni.
Taip lepas tu backspace. Kekoknya dah lama tak blogging.
Dah lama tak membaca, otak tak berkembang langsung. Heh.
Aku nak cerita benda lain sebenarnya.

After a few years, kali ni aku berpuasa dekat rumah.
I mean berpuasa tanpa melakukan aktiviti harian yang biasa dilakukan beberapa tahun dahulu
seperti pergi ke sekolah. Eh?
Faham?
Macam tahun-tahun lepas, aku sekolah so dia punya feeling lain sikit la.
Sehari tu banyak habis dekat sekolah je. Petang-petang pun datang sekolah jugak.
Pelajar contoh haruslah rajin ke sekolah. Gittew =='

Sudah lah, ayat nak bajet karangan BM je.
Aku nak cakap aku rindu waktu puasa dengan kawan-kawan dulu.
Hek eleh. Susah sungguh nak cakap.
Paling aku rindu last two years la.
Bila kaki dah pandai nak jenjalan sendiri, habis semua baazar Ramadhan area sini aku jelajah.
Hahhh. Gagah sungguh.
And when we were busy preparing for trial.
After class, stay back, study group kononnya. Blerghh study la sangat.
Bila weekend, study group lagi dekat rumah angin yan yang banyak gile angin.
Macam duduk tepi pantai, rambut berterbangan ohh, boleh feeling macam model iklan shampoo. Lulz.
Rindu semua tu woii rindu.
And now everyone seems busy with their own life.
Ada yang kerja, ada yang dah pun sambung study, ada yang on the way nak sambung study.
Sudah la jun tiba-tiba pulak kan nak rindu bagai. Apakah :O
Keep calm and happy fasting :')

Friday, 30 March 2012

Earth Hour 2012


Pernah dengar tentang Earth Hour?
Alaa yang kena tutup lampu tuh. Eh lampu je ke?
Aku rasa macam semua peralatan elektrik je.
Benda ni setahun sekali so macam ingat-ingat lupe. 
Kalau tak silap aku mula join (join k kemain kau) Earth Hour ni tahun 2009.
Baru tutup lampu semua dalam seploh minit kot dah bising gelap la apa.
Cissss takde semangat kesukanan sayangkan bumi langsung.

Sebenarnya kan kau tengok macam huk aloh setakat tutup lampu sejam apa la sangat. 
Weh kalau dah semua tutup lampu sejam gile banyak jumlah tenaga yang boleh kau kurangkan.
Fuuuuuuuu harap betul ah fakta aku bagi ni.
Nak tau macam-macam boleh klik SINI.
Untuk itu marilah sama-sama kita menyokong Earth Hour 2012 yang berlangsung pada
31 Mac 2012, jam 8.30 hingga 9.30 malam.
Ada gaya macam pembaca berita Nightline tak? Tiba-tiba je kau ni june -.-

Tuesday, 27 March 2012

Rewatch Nora Elena

Trending lagi Nora Elena dekat twitter.
Hmmmmmm. Malas nak printscreen.
Pergi tgk sendiri la. Lol. Aku bet setiap hari selasa, rabu dengan khamis mesti trending punya.
Kenkorang mesti cakap kan kalau dah perempuan memang la suka layan drama yg sweet mcm tu.
Heh ==' Aku tengok sebab masa ditayangkan tahun lepas aku tak tgk sangat.
Bila dah nak habis baru aku tengok. Tu pun bersebab.
Ada kawan aku sorang ni kan, dia cakap dia taknak kahwin.
Sebab dia kata nanti kena dengar cakap suami la apa la.
Pfffffffftttttttt *terkejut sehari*
Then dia keluarkan pulak statement mcm ni :
 
            "Kalau aku jumpa lelaki macam Seth, aku nak kahwin la"

Perghhhh *terkejut dua hari* membuak-buak perasaan nak tgk Nora Elena.
Aku macam tak percaya dia cakap dia nak kahwin.
Start dari tu aku mula tengok Nora Elena.
Memang aku nak tau sangat la watak Seth ni macam mana.
Tapi masa aku mula tengok pun cerita tu dah separuh jalan. Taktau hujung pangkal.
Bila ada ulangan aku rewatch la. Hahaha lambat tak lambat, kesah ape aku.
Dan memandangkan aku manusia paling banyak masa taktau nak buat apa.
Memang dah jadi habitat  tabiat aku la tengok TV je. K pemalas kuasa namblas -.-
Nahhhhh hang ni jun dah boleh humban diri sendiri dalam sungai kerian. Erk.

Sunday, 25 March 2012

Motivated moment : #1

Ada hari-hari saya sedih, lemah, jiwa saya akan bersuara:

"Siapalah yang benar-benar memahami aku?" Sebagai tanda terkilan dengan apa yang berlaku.

Namun hati saya yang terdalam sentiasa menjawab: "Allah memahami."

Dan itu sentiasa buat air mata saya membasahi pipi.
-------------
Allah itu pemahamanNya menewaskan orang-orang yang kita cinta.

Sunday, 4 March 2012

Tips sebelum mengambil keputusan STPM

Hai kenkorang.
Mesti tengah cuak kan? 
Watlek watpeace. Lambat lagi 7 Mac. Ayat sedapkan hati. Pffttttt.
Ok meh sini aku nak bagi tips sikit.
Yang pertama *drum roll* hahaha k. Macam ape jek.

1. Buat-buat sombong dengan semua orang, nanti tak la dorang sibuk tanya.
2. Deactivate facebook, twitter dan semua social network.
3. Flight mode kan phone.

Hahahahahaha k. June kau dah boleh stop merepek =='
Amboii pantang aku on IM, mesti ah ada yg wish good luck ke tak pun mesti pesan
"Nanti dah ambik result, jgn lupa bgtau"
Pffffftttttttttttt.

Takde maknanya aku nak bagi tips.
Satu je aku nak pesan ingat tarikh tu elok-elok. Jangan pergi amek result awak pulak.
Kalau lambat tkpe, result tu dah ada. Ni kes yg pergi awal sehari. Malu woihh. Haha.

Aku tak rasa ada istilah dah terlambat.
Bila tinggal lagi berapa hari nak keluar result, mesti akan ada yg nak cakap dah terlambat nak doa semua.
Terus je doa, buat solat hajat.
Kita tak tahu, kuasa Allah kan?
Dan bila dah dapat keputusan redha la seredha-redhanya.
Kalau cemerlang, itu rezeki masing-masing. Jangan bongkak. Bersyukur.
Kalau kurang, ada hikmah. 
Ya Allah, aku mohon kekuatan untuk menghadapi sebarang kemungkinan yg berlaku pada 7 Mac ini.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...